I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 14, 2012

Tahun berganti tahun

2012... Tahun berganti tahun, silih berganti, sedar tak sedar, sudah melewati hampir 2 tahun terbinanya blog ni. Cepat masa berlalu, walaupun pernah sekali sekala buka blog ni,tp x penah nk post apa2 idea dan perkhabaran baru. Blog ni tercipta masa saya n the gang buat diploma pendidikan dengan UUM. Pendek kata blog ni adalah salah satu tugasan (assignment) utk subjek IT. Tp mujur juga En Hasnan hr tu suruh kami buat blog,ada jugak blog kami. Kenangan semasa buat dip edu takkan dilupakan begitu saja. Ye la, org tua belajar, lain caranya.. Bermula dengan kelas d perdana resort,kmdn coconut village, kmdn usm, Unitar termasuklah BIG di Tok Bali, semuanya memberi makna tersendiri yg x dpt dilupakan begitu sahaja. Masa buat diploma pendidikan tu jugak, aku akhirnya bertemu jodoh... Jodoh yang tidak disangka2 muncul jua pada akhirnya... Bermula dari perkenalan yang hanya sekejap, dalam 4 bulan lebih kurang lamanya, aku akhirnya berumahtangga.. Jodoh yang diperkenalkan oleh seorang sahabat satu sekolah yang juga merupakan rakan dip edu. Mengimbas kenangan yang baru berusia setahun jagung, pertemuan aku dan suami diatur oleh sahabat d kantin sekolah. Bermula dengan hanya ingin melihat siapakah gerangan tuannya.. Aksi jeling menjeling melalui cermin kantin untuk melihat tuan empunya badan, hanya sekilas pandang belum cukup untuk aku melihat dengan jelas gerangan tuan sebenar, begitu juga dengan dia.. Aku mengambil masa 2 hari untuk memberikan jawapan kpd sahabat samada ingin memberikan no telefon atau tidak. Bertanyakan pendapat dan respon positif dari ma dan abah, aku menjadi lebih lega untuk berkenalan dengan dia. Selangkah menapak, no telefon diberi, lantas aku dihubungi mlm itu, dan sesi taaruf bermula. Pada awalnya, aku langsung tidak dapat meneka bagaimanakah peribadi dia sebenarnya. Sesi taaruf terus berjalan sehingga setiap malam aku diisi dengan sesi mengenali antara satu sama lain. Setelah 2 minggu kami berkenalan, aku diminta oleh dia utk bertemu sekali lagi. Pertemuan kali ini diatur d secret recipe kb mall. Aku bertemu dengan dia ditemani oleh seorang sahabat baik d sekolah. Jelas, mata bertentang mata, tersipu2 malu seakan itulah pertemuan pertama kami,walhal kami telah bercerita banyak didalam telefon. Selepas pertemuan itu dan bermula dari hari itu, dia menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan keluargaku. Aku pasti kedua orang tuaku juga pasti ingin bertemu dengan orangnya. Aku hanya menyatakan bahawa satu hari akan ditetapkan utk pertemuan itu. Tetapi selang beberapa hari selepas pertemuan itu, aku dikejutkan oleh satu tindakan yang tak disangka2. Pada suatu malam, ketika aku duduk bersantai sambil melipat kain didepan tv. Aku dikejutkan oleh satu soalan dari dia. Aku telah dilamar. Aku telah diajukan soalan tentang kesudian aku untuk menjadi isterinya.. Aku tergamam, berdebar2, tersenyum2, entah apa lagi perasaan aku pada ketika itu. Aku hanya menjawab lamaran dari dia pada keesokkan hari, setelah berfikir sedalam2nya dan berbincang. Akhirnya aku menerima lamaran dia. Bermuka dari situ, segala proses perkenalan hanyalah menuju ke gerbang perkahwinan. Aku sendiri tak menyangka proses perkenalan itu akan berlaku dengan sangat cepat. Selepas memberi jawapan lamaran, dia datang ke rumah bertemu kedua orang tuaku, seminggu kemudian dia datang bersama orang tuanya, kmdn dia datang lagi pada raya puasa ketiga, selepas itu pertemuan kami hanya atas dasar majlis perkahwinan,dari urusan pakaian,barang2 hantaran, dan borang2. Begitu cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik, sampailah waktu hari untuk diijabkabulkan.. Hati penuh dengan debaran, sebab syaitan selalu mengganggu insan2 yang ingin mendirikan masjid. Pada tarikh 25 November 2010 bersamaan 18 Zulhijjah 1432 H, kami disatukan pada 11.30 pagi. Seminggu selepas hari raya haji. Akhirnya, terbentuklah satu ikatan yang sah dan suci diantara aku dan dia, Mohamad Izran b. Ismail. Majlis yang berlangsung sangat meriah, majlis aku didatangi dengan rakan2 disekolah lama dan sekarang, juga kehadiran anak2 murid dengan 2 buah bas sangat2 aku hargai.... Bermula dari saat itu, hidup aku berubah.... Bersambung....

Thursday, April 1, 2010

Semangat Baru Semester 2..

Salam ukhuwwah buat sahabat2... menjengah lagi blog sendiri dan rakan2 ..biasanya setakat tgk sebarang perkembangan yang berlaku dlm kohot 2 ni je dlm blog myclassyik. blog sendiri pun jarang2 tgk apatah lagi blog rakan2.. tp ok dah ada blog ni. xde la rasa ketinggalan sangat. berterima kasih sangat pada en. nan walaupun en.nan x baca dah apa yg ada dlm blog ni..
Banyak ilmu yg boleh dapat dr blog kebanyakan blogger. apatah lagi aku suka membaca sebenarnya, tambahan plk benda2 yg cepat dlm blog ni, tp x tahannya, sakit mata ngadap laptop lama2. itu yg jadi jarang2 mengadap blog, lebih prefer buku.
Walau apapun bahan bacaannya, stat esok, bermula lah episod baru semester 2 kohot 2,cabaran lagi.. berdepan dengan masa mengajar dan masa belajar memang menguji. Tp kene kuatkan semangat, lebih2 lagi dlm situasi ibubapa pelajar meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk anak mereka.
Tp kursus dip pendidikan ni adalah untuk memantapkan ilmu pendidikan utk mengajar anak2 mereka jugak.. tp jarang2 orang menghargai perngorbanan org lain.
berbalik kepada motif asal. pengajian bermula esok akan berakhir hujung tahun ini untuk sesi kuliah. dan awal tahun depan akan bermulalah sesi praktikum 4 bln.
em.. mujur jugak diberi jadual penuh sepanjang tahun. dapat la buat perancangan gapo2, family gathering ko.. lama dah x bercuti nih.. bercuti luar klantan la.. jadual diberi siap dgn subjek dan tarikh setiap kuliah. mujur lah...
so, diharap aku mampu dan akan terus kuat semangat menghadapi cabaran2 pengajian selepas ni dengan assignment2 nye.. begitu juga harapan yg sama terhadap sahabat2 yg lain. so..

SELAMAT BELAJAR KEMBALI!!!!

Friday, March 5, 2010

Thank you Allah – Maher Zain

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from you

Ooooo Allah, you brought me home
I thank you with every breath I take

الحمد لله الحمد لله
All praises to Allah


I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud
to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you

الحمد لله
All praises to Allah

Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me home

الحمد لله
All praises to Allah

الحمد لله

Wednesday, March 3, 2010

A Whale Giving Birth

Actually, mula2 terdetik nak cari video ni sebab seorang dari ramai2 student yang bertanya,ikan paus dikelaskan dalam kumpulan haiwan apa? i jawab mamalia,then mcmmana ikan paus beranak? oopss... how ya...?? x pernah terlintas lak dalam kepala ni nak tahu mcm mana ikan paus ni beranak, dengan jujurnya, i jawab let me check first.. pastu i pun balik la,search.. bertemu la jawapannya... begitu rupanya... hebatnya ciptaan Allah, menciptakan sesuatu dengan keunikan yang tersendiri. tak pernah terlintas begitu rupanya kelahiran seekor anak ikan paus.. kelahiran dan kewujudan seorang yang bergelar manusia? i'm sure lebih hebat lagi daripada ni.. TAPI... kenapa ikan paus je yg beranak? kenapa ikan lain bertelur? sebab ikan paus besar, ikan lain kecik ke? heemmm.... kene cari lagik la ni... TENGOK BETUL2......

Frontpage Sci-Tech Bulletin

Ini adalah hasil kerja individu yang perlu kepada penggunaan Microsoft Publisher. Sangat simple berbanding rakan sahabat yang lain sebab saya ni sangat la lurus orangnya. keluar template gitu... gitu jugak la yg dibuatnya. xde rasa nak menambah langsung. x terlintas lak, bila tgk kawan2 punya terang2,colourfull, baru rasa nak tambah, tp dah terlambat.. nak anta dah... so, terima la seadanya hasil tugasan ini...

Sunday, January 31, 2010

Perjalanan



Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan