I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 14, 2012

Tahun berganti tahun

2012... Tahun berganti tahun, silih berganti, sedar tak sedar, sudah melewati hampir 2 tahun terbinanya blog ni. Cepat masa berlalu, walaupun pernah sekali sekala buka blog ni,tp x penah nk post apa2 idea dan perkhabaran baru. Blog ni tercipta masa saya n the gang buat diploma pendidikan dengan UUM. Pendek kata blog ni adalah salah satu tugasan (assignment) utk subjek IT. Tp mujur juga En Hasnan hr tu suruh kami buat blog,ada jugak blog kami. Kenangan semasa buat dip edu takkan dilupakan begitu saja. Ye la, org tua belajar, lain caranya.. Bermula dengan kelas d perdana resort,kmdn coconut village, kmdn usm, Unitar termasuklah BIG di Tok Bali, semuanya memberi makna tersendiri yg x dpt dilupakan begitu sahaja. Masa buat diploma pendidikan tu jugak, aku akhirnya bertemu jodoh... Jodoh yang tidak disangka2 muncul jua pada akhirnya... Bermula dari perkenalan yang hanya sekejap, dalam 4 bulan lebih kurang lamanya, aku akhirnya berumahtangga.. Jodoh yang diperkenalkan oleh seorang sahabat satu sekolah yang juga merupakan rakan dip edu. Mengimbas kenangan yang baru berusia setahun jagung, pertemuan aku dan suami diatur oleh sahabat d kantin sekolah. Bermula dengan hanya ingin melihat siapakah gerangan tuannya.. Aksi jeling menjeling melalui cermin kantin untuk melihat tuan empunya badan, hanya sekilas pandang belum cukup untuk aku melihat dengan jelas gerangan tuan sebenar, begitu juga dengan dia.. Aku mengambil masa 2 hari untuk memberikan jawapan kpd sahabat samada ingin memberikan no telefon atau tidak. Bertanyakan pendapat dan respon positif dari ma dan abah, aku menjadi lebih lega untuk berkenalan dengan dia. Selangkah menapak, no telefon diberi, lantas aku dihubungi mlm itu, dan sesi taaruf bermula. Pada awalnya, aku langsung tidak dapat meneka bagaimanakah peribadi dia sebenarnya. Sesi taaruf terus berjalan sehingga setiap malam aku diisi dengan sesi mengenali antara satu sama lain. Setelah 2 minggu kami berkenalan, aku diminta oleh dia utk bertemu sekali lagi. Pertemuan kali ini diatur d secret recipe kb mall. Aku bertemu dengan dia ditemani oleh seorang sahabat baik d sekolah. Jelas, mata bertentang mata, tersipu2 malu seakan itulah pertemuan pertama kami,walhal kami telah bercerita banyak didalam telefon. Selepas pertemuan itu dan bermula dari hari itu, dia menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan keluargaku. Aku pasti kedua orang tuaku juga pasti ingin bertemu dengan orangnya. Aku hanya menyatakan bahawa satu hari akan ditetapkan utk pertemuan itu. Tetapi selang beberapa hari selepas pertemuan itu, aku dikejutkan oleh satu tindakan yang tak disangka2. Pada suatu malam, ketika aku duduk bersantai sambil melipat kain didepan tv. Aku dikejutkan oleh satu soalan dari dia. Aku telah dilamar. Aku telah diajukan soalan tentang kesudian aku untuk menjadi isterinya.. Aku tergamam, berdebar2, tersenyum2, entah apa lagi perasaan aku pada ketika itu. Aku hanya menjawab lamaran dari dia pada keesokkan hari, setelah berfikir sedalam2nya dan berbincang. Akhirnya aku menerima lamaran dia. Bermuka dari situ, segala proses perkenalan hanyalah menuju ke gerbang perkahwinan. Aku sendiri tak menyangka proses perkenalan itu akan berlaku dengan sangat cepat. Selepas memberi jawapan lamaran, dia datang ke rumah bertemu kedua orang tuaku, seminggu kemudian dia datang bersama orang tuanya, kmdn dia datang lagi pada raya puasa ketiga, selepas itu pertemuan kami hanya atas dasar majlis perkahwinan,dari urusan pakaian,barang2 hantaran, dan borang2. Begitu cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik, sampailah waktu hari untuk diijabkabulkan.. Hati penuh dengan debaran, sebab syaitan selalu mengganggu insan2 yang ingin mendirikan masjid. Pada tarikh 25 November 2010 bersamaan 18 Zulhijjah 1432 H, kami disatukan pada 11.30 pagi. Seminggu selepas hari raya haji. Akhirnya, terbentuklah satu ikatan yang sah dan suci diantara aku dan dia, Mohamad Izran b. Ismail. Majlis yang berlangsung sangat meriah, majlis aku didatangi dengan rakan2 disekolah lama dan sekarang, juga kehadiran anak2 murid dengan 2 buah bas sangat2 aku hargai.... Bermula dari saat itu, hidup aku berubah.... Bersambung....