I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, January 13, 2010

Next Article Journal

Assalamualaikum w.b.t

Sila layari url di bawah dan komen untuk sama-sama kita manfaatkan ilmu bidang teknologi maklumat dalam pendidikan.

http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%2032%202007/JPendidikan32/Jpend32[09].pdf

Sinopsis

Dunia pendidikan hari ni semakin lama semakin mencabar. tidak cukup dengan hanya bimbingan dari guru, pelajar perlu mempunyai daya kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis untuk membolehkan mereka menjadi manusia yang berdaya saing. penggunaan ICT dalam pendidikan membantu pelajar untuk pergi lebih jauh dalam satu-satu bidang. perubahan perlu dibuat dalam kaedah mengajar dan belajar kerana pada era kini, perkembangan teknologi maklumat telah menjadi medium perantara untuk menyalurkan maklumat.
Kewujudan sekolah bestari telah membuktikan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil berat penggunaan ICT. Ini kerana kewujudan sekolah bestari bertujuan untuk membudayakan sekolah dengan alat teknologi dalam P&P. oleh itu persediaan sebelum ini yang lebih berpusatkan guru akan menjadi lebih efektif dengan berpusatkan pelajar. pola pendekatan yang diguanakan ialah yang berkonsepkan konstruktivisme iaitu berpusatkan pelajar. ciri utama kaedah ini ialah pelajar membina sendiri kemahiran dan pengetahuan dan guru hanya bertindak sebagai pemudah cara.
jadi satu kajian dilakukan untuk mengkaji tahap pencapaian pelajar bagi kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme) dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku).Dapatan kajian mendapati untuk mengetahui hasil pembelajaran, penilaian akan dibuat. melalui kajian ini, penilaian dibuat berdasarkan tugasan dan soalan pada akhir kelas. ini merupakan 2 sumber yang boleh diguanankan sebagai ukuran penilaian. tahap pelajar pada kumpulan rawatan (pendekatan konstruktivisme) lebih menampakkan peningkatan kebolehan berbanding kumpulan kawalan (pendekatan tingkah laku). kaedah konstruktivisme ini dilihat lebih membantu pelajar membentuk kemahiran masing2, kerana terdapat perbezaan pencapaian yang ketara berbanding kaedah tradisional. namun hakikatnya, sekolah2 akan kembali kepada kaedah pengajaran tradisional yang lebih berpusatkan guru.
akan tetapi, kajian ini menunjukkan pendekatan konstruktivisme boleh dilakukan cuma ianya adalah proses yang sukar dan memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan. selain menyebabkan pelajar mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, mereka tidak berharap semua aktiviti digerakkan oleh guru, kerana telah merasakan keupayaan untuk menggerakkan sendiri aktiviti. dipihak guru, pendekatan konstruktivisme ini membolehkan guru menjadi fasilitator dan pemudah cara sahaja. akan tetapi, terdapat juga kelemahan dalam kaedah ini iaitu, tempoh P&P akan menjadi lebih panjang untuk pelajar menyiapkan tugasan dan perbincangan. secara tak langsung, sukatan tidak dapat dihabiskan pada waktu yang telah ditetapkan. cara pelajar yang berbeza mungkin akan menyebabkanpemahaman pelajar terhadap sesuatu akan terpesong. selain itu suasana kelas akan kedengaran bising dan kucar-kacir kerana pelajar berbincang dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. ia juga memakan banyak masa.
walaupun mempunyai beberapa masalah, tetapi kaedah ini masih boleh dilakukan dan guru boleh mendapatkan manfaat daripadanya.
pembaharuan dalam bidang pedagogi ini perlu dilakukan untuk menhadapi cabaran pendidikan pada masa akan datang.guru - guru perlulah sentiasa muhasabah diri, memajukan diri, mencuba pelbagai kaedah untuk meningkatkan proses P&P, sentiasa menggalakkan pelajar untuk berdikari dan menerapkan nilai murni dan berkerjasama diantara satu sama lain.





Sekian, jumpa lagi (dalam blog) :-)

8 comments:

Nasihah Hasbullah said...

Pada pendapat saya, jurnal ini amat bertepatan dengan dunia globalisasi sekarang yang menuntut penggunaan ICT dalam kehidupan. Kajian yang dijalankan dalam jurnal ini adalah berkaitan dengan kaedah pengajaran yang berasaskan kaedah perantis. Kaedah ini menekankan pendekatan konstruktivisme sederhana iaitu kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Sebagaimana yang kita tahu, kaedah perantis mampu mendidik pelajar menjadi aktif dan guru pula hanya bertindak sebagai pemudahcara .Ia dapat melatih pelajar berfikir dan lebih berdikari dalam pembelajaran. Hal ini amat berkesan untuk melatih pelajar berdepan dengan dunia pekerjaan yang penuh cabaran. Majikan pada masa kini amat menginginkan pekerja yang mampu membuat keputusan sendiri dan tidak hanya bertindak mengikut arahan sahaja. Disebabkan hal ini, kita sebagai guru perlu bijak menggunakan peluang untuk mempersiapkan pelajar denagn kehidupan yang penuh cabaran.
apa pendapat rakan2 yang lain....

JAW said...
This comment has been removed by the author.
JAW said...

Umumnya,dalam kelas pengajaran secara tradisional yang menggunakan pendekatan tingkah laku, pelajar dianggap sebagai penerima yang pasif.Biasanya pengajaran guru adalah dalam bentuk syarahan, dengan guru menulis nota di papan hitam dan memberikan lembaran kerja kepada pelajar untuk disiapkan. Dalam mempelajari kemahiran komputer dengan menggunakan kaedah tradisional ini, pelajar mengikut langkah-langkah tersebut melalui tunjuk cara guru dan modul bercetak tanpa memikirkan mengapa ia perlu dilakukan.Pelajar sebenarnya tidak faham apa dan mengapa sesuatu kemahiran perlu dilakukan walaupun mereka itu mahir menggunakan komputer.

Penilaian kejayaan guru di bilik darjah sering kali diukur melalui skor ujian pelajar yang dicapai. Kejayaan ujian itu pula memerlukan lebih banyak fakta pengetahuan daripada penggunaan pemikiran pada aras tinggi. Penekanan terhadap ujian mempengaruhi amalan guru mengajar, kadangkala sehingga mereka boleh mengubah kandungan subjek yang diajar itu untuk memenuhi keperluan ujian.
Ada kalanya guru menggunakan pengajaran
secara tradisional untuk menghabiskan dengan segera sukatan pelajaran yang ditetapkan. Pelajar tidak berupaya memindahkan atau mengaplikasikan pengetahuan kerana sekolah menggunakan pendekatan tersebut untuk membolehkan pelajar mencapai skor yang tinggi dalam peperiksaan.

Saya amat tertarik dan bersetuju pendekatan berpusatkan murid berasaskan penggunaan ICT dilakukan di dalam bilik darjah. Pelajar akan lebih memahami dan semestinya lebih menghargai ilmu yang diperolehi.Pelajar bukan sahaja akan memperolehi skor yang baik di dlam peperiksaan bahkan semasa proses pembelajaran berlangsung, mereka akan belajar erti kerjasama serta kebertanggungjawaban

ikahcorner.blogspot.com said...

Pada pandangan saya penggunaan ICT dalam P&P sangat bersesuaian pada masa kini. saya juga bersetuju dengan pendapat saudara JAW yang menyatakan bahawa sistem pembelajaran tradisional yang hanya berpusatkan guru menyebabkan pelajar tidak faham kenapa sesuatu perkara itu perlu diamalkan. Ini disebabkan oleh pengajaran yang berpusatkan guru dan seterusnya 100% pandangan akan diserahkan kepada guru.

Apabila arus globalisasi membawa kepada peri pentingnya ICT dalam P& P, maka para guru tidak harus memandang ringan tentang perkara ini. Bahkan pihak kerajaan sendiri telah menyediakan pelbagai bentuk kemudahan di sekolah2 seperti makmal komputer, talian Internet dan disertai dengan pelbagai kemudahan peralatan lain seiring dengan kemajuan arus perdana.

Oleh yang demikian, penggunaan ICT di kelas membangkitkan minat pelajar, dengan pelbagi sistem audio dan visual yang mungkin belum pernah didengar dan ditonton di mana-mana. P&P. Keadaan ini bukan sahaja mencelik minda dan IT, bahkan akan turut membangunkan negara dalam pelbagai bidang ilmu termasuk ekonomi dan dakwah Islam yang sepatutnya terus diwarisi ke akhir zaman. Sekian

Tcr Ros said...

Melalui dapatan kajian ini, saya bersetuju bahawa perkembangan terkini menyaksikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan baru. Dasar dan polisi pembangunan negara
menunjukkan Malaysia amat menitikberatkan penggunaan ICT dalam pendidikan, oleh itu impak ICT dalam pendidikan amat ketara sekali. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Sekolah Bestari pada awal 1999 yang bertujuan untuk melakukan perubahan sistematik terhadap budaya sekolah dengan menggunakan teknologi sebagai alat pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran.Selaras dengan itu maka pelaksanaan Sekolah Bestari merupakan satu anjakan paradigma yang amat besar dalam sistem pendidikan negara. Implikasi daripada pelaksanaan dasar baru ini, sekolah perlu membuat perancangan dan persediaan
yang rapi untuk reformasi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru ke arah kaedah pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar.Pola perkembangan ini mengutarakan penggunaan pendekatan konstruktivisme yang lebih menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Ciri utama
dalam kaedah ini ialah pelajar membina pengetahuan dan kemahiran masing-masing secara aktif manakala guru pula lebih berperanan sebagai pemudah cara.

Tcr Ros said...

Melalui dapatan kajian ini, saya bersetuju bahawa perkembangan terkini menyaksikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan baru. Dasar dan polisi pembangunan negara
menunjukkan Malaysia amat menitikberatkan penggunaan ICT dalam pendidikan, oleh itu impak ICT dalam pendidikan amat ketara sekali. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Sekolah Bestari pada awal 1999 yang bertujuan untuk melakukan perubahan sistematik terhadap budaya sekolah dengan menggunakan teknologi sebagai alat pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran.Selaras dengan itu maka pelaksanaan Sekolah Bestari merupakan satu anjakan paradigma yang amat besar dalam sistem pendidikan negara. Implikasi daripada pelaksanaan dasar baru ini, sekolah perlu membuat perancangan dan persediaan
yang rapi untuk reformasi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru ke arah kaedah pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar.Pola perkembangan ini mengutarakan penggunaan pendekatan konstruktivisme yang lebih menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Ciri utama
dalam kaedah ini ialah pelajar membina pengetahuan dan kemahiran masing-masing secara aktif manakala guru pula lebih berperanan sebagai pemudah cara.

Nor Azma Soh said...

Artikel ini membincangkan pembelajaran subjek komputer yang diajar dengan kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme) berbanding dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku). Bagi kaedah tradisional penerangan langkah demi langkah diberikan manakala bagi kaedah perantis, guru memberikan panduan ke arah menggalak dan memudahcarakan menyelesaikan masalah iaitu membina laman web secara bekerja dalam kumpulan. Kesan daripada pelaksanaan baru ini,sekolah perlu membuat perancangan dan persediaan yang rapi untuk reformasi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru ke arah kaedah pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar. Pola perkembangan ini mengutarakan penggunaan pendekatan konstruktivisme yang lebih menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar Ciri utama dalam kaedah ini ialah pelajar membina pengetahuan dan kemahiran masing-masing secara aktif manakala guru pula lebih berperanan sebagai pemudah cara. Antara kelemahan yang dikenal pasti dalam pendekatan konstruktivisme ialah ia memerlukan masa yang panjang untuk pelajar menyiapkan tugasan dan perbincangan. Secara tidak langsung, sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan
dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu, pendekatan konstruktivisme memerlukan penjadualan waktu belajar yang tersusun dan jadual waktu yang anjal.

Walaupun terdapat pelbagai kesukaran terutamanya di peringkat pelajar itu sendiri, pembaharuan dalam pedagogi perlu dibuat dalam era globalisasi ini bagi memastikan pelajar-pelajar kita mampu bersaing di peringkat global.Antaranya ialah guru perlu sentiasa berusaha untuk memajukan diri, sentiasa membuat refleksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, menggalakkan pelajar untuk lebih berdikari, dan menerapkan semangat kerjasama dan kolaboratif dalam kelas. Guru bersama-sama dengan pelajar mestilah memupuk pembelajaran sepanjang hayat untuk memastikan pembinaan pemikiran kritis dan kemahiran teknologi sentiasa disepadukan

salinamts said...

Antara dapatan dari artikel ini dapatlah disimpulkan bahawa kajian ini menekankan pembelajaran konstruktivisme(pembelajaran subjek komputer menggunakan kaedah perantis).Kaedah ini hanya memerlukan guru memberi panduan dan galakan untuk menyelesaikan masalah dalam membina satu laman web.
Pelajar pula akan membina sendiri laman webnya secara berkumpulan. Hasil kajian mendapati hasil kerja pelajar amat menarik dari segi reka bentuk,susun atur, pilihan warna serta semua pautannya berfungsi.
Berbanding kaedah tradisional yang menuntut guru agar menerangkan langkah demi langkah bagi membina laman webnya.
Jadi amatlah digalakkan guru mempraktikkan kaedah pembelajaran konstruktivisme ini dalam P&P nya kerana impaknya jauh lebih baik dari cara tradisional.Untuk memahirkan guru dalam mempratikkan kaedah ini bantuan dari semua pihak diperlukan contohnya semasa latihan perguruan, guru-guru telah dilatih untuk menggunakan kaedah ini dalam P&Pnya.