Assalamualaikum w.b.t
Sila layari url di bawah dan komen untuk sama-sama kita manfaatkan ilmu bidang teknologi maklumat dalam pendidikan.
http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%2032%202007/JPendidikan32/Jpend32[09].pdfSinopsis
Dunia pendidikan hari ni semakin lama semakin mencabar. tidak cukup dengan hanya bimbingan dari guru, pelajar perlu mempunyai daya kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis untuk membolehkan mereka menjadi manusia yang berdaya saing. penggunaan ICT dalam pendidikan membantu pelajar untuk pergi lebih jauh dalam satu-satu bidang. perubahan perlu dibuat dalam kaedah mengajar dan belajar kerana pada era kini, perkembangan teknologi maklumat telah menjadi medium perantara untuk menyalurkan maklumat.
Kewujudan sekolah bestari telah membuktikan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil berat penggunaan ICT. Ini kerana kewujudan sekolah bestari bertujuan untuk membudayakan sekolah dengan alat teknologi dalam P&P. oleh itu persediaan sebelum ini yang lebih berpusatkan guru akan menjadi lebih efektif dengan berpusatkan pelajar. pola pendekatan yang diguanakan ialah yang berkonsepkan konstruktivisme iaitu berpusatkan pelajar. ciri utama kaedah ini ialah pelajar membina sendiri kemahiran dan pengetahuan dan guru hanya bertindak sebagai pemudah cara.
jadi satu kajian dilakukan untuk mengkaji tahap pencapaian pelajar bagi kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme) dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku).Dapatan kajian mendapati untuk mengetahui hasil pembelajaran, penilaian akan dibuat. melalui kajian ini, penilaian dibuat berdasarkan tugasan dan soalan pada akhir kelas. ini merupakan 2 sumber yang boleh diguanankan sebagai ukuran penilaian. tahap pelajar pada kumpulan rawatan (pendekatan konstruktivisme) lebih menampakkan peningkatan kebolehan berbanding kumpulan kawalan (pendekatan tingkah laku). kaedah konstruktivisme ini dilihat lebih membantu pelajar membentuk kemahiran masing2, kerana terdapat perbezaan pencapaian yang ketara berbanding kaedah tradisional. namun hakikatnya, sekolah2 akan kembali kepada kaedah pengajaran tradisional yang lebih berpusatkan guru.
akan tetapi, kajian ini menunjukkan pendekatan konstruktivisme boleh dilakukan cuma ianya adalah proses yang sukar dan memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan. selain menyebabkan pelajar mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, mereka tidak berharap semua aktiviti digerakkan oleh guru, kerana telah merasakan keupayaan untuk menggerakkan sendiri aktiviti. dipihak guru, pendekatan konstruktivisme ini membolehkan guru menjadi fasilitator dan pemudah cara sahaja. akan tetapi, terdapat juga kelemahan dalam kaedah ini iaitu, tempoh P&P akan menjadi lebih panjang untuk pelajar menyiapkan tugasan dan perbincangan. secara tak langsung, sukatan tidak dapat dihabiskan pada waktu yang telah ditetapkan. cara pelajar yang berbeza mungkin akan menyebabkanpemahaman pelajar terhadap sesuatu akan terpesong. selain itu suasana kelas akan kedengaran bising dan kucar-kacir kerana pelajar berbincang dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. ia juga memakan banyak masa.
walaupun mempunyai beberapa masalah, tetapi kaedah ini masih boleh dilakukan dan guru boleh mendapatkan manfaat daripadanya.
pembaharuan dalam bidang pedagogi ini perlu dilakukan untuk menhadapi cabaran pendidikan pada masa akan datang.guru - guru perlulah sentiasa muhasabah diri, memajukan diri, mencuba pelbagai kaedah untuk meningkatkan proses P&P, sentiasa menggalakkan pelajar untuk berdikari dan menerapkan nilai murni dan berkerjasama diantara satu sama lain.
Sekian, jumpa lagi (dalam blog) :-)